Tuesday, March 24, 2015

Maksud Tersirat Mantera Beradu (copy paste)

Malique - Mantera Beradu (feat. M. Nasir)
 ( Perkara Berkaitan dengan makluk )
kulitku tebal= merujuk kepada sifat degil, ego.
ku bebal= merujuk kepada memadai dengan apa yang ada.
ingatku kebal= merasa sempurna.
banyak berbual= merujuk kepada lalai.
makan angin kembung perut mual= merujuk kepada tiada menafaat
resah dan tidak senang= merujuk sifat gelisah, risau, tidak tenteram
hidup tak pernah lenang= merujuk kepada sukar.
ku schizo paranoia= merujuk kepada penyakit gila.
takut pecah tembelang= merujuk kepada sifat manusia yang gilakan dunia.
lidahku kaku= merujuk kepada setelah  lisan yang difahami sebagai bukti penyaksian kepada Allah.
tak selicin kuku= tidak semudah yang nampak diluaran. ( dzahir  semata mata )
teman baikku buku= buku merujuk kepada kitab yang Qadim yakni Al Quran.
bini ku pena= merujuk kepada dibathin kias kepada kehidupan yang banyak berlaku digerak lebih awal segala yang dzahir di bathin.
tak pernah lena= setiap saat menyaksi Tuhan.
aku suka mengintai pantang ditenung= memfokus kepada apa yang Allah perbuat ke atas diri..
berakhir pertelingkahan= akhirnya menyaksi
dalaman pasti belum= hanya penyerahan diri kepadaNya jua.

ikut gerak hati=mengharap petunjuk atau  pedoman yang Allah sendiri janakan.
pena melayang= kalam ( perkataan dari yang tidak berhuruf dan suara malah tiada bahasa )
dilihat dua layang pandang= akal dan nas.
tak lah segarang= makluk menggunakan akal dan nas berdalilkan hak Allah.
takat meradang= mengeluh kerana sifat berkehendak.
tanya abang gedang apa barang= merujuk kepada aqal sebagai bukti logik.
badan macam badang= jasad  digerakkan. bersifat pada anggota sebagai organ yang banyak gunanya.
main acap belakang parang= makin dilihat padanya hanya tabir menutupi ruang rongga yakni isi dan kulit.

hunuskan keris= kias kepada Kalimahtul Syahadah.
musuh ada pistol= perubahan pada makluk mengikut kesesuaian  zaman.
tradisi kekalkan= merujuk kepada sifat bersedia dengan timbangan akal ke matlamat penyaksian kepada Allah.
adaptasi harus betul= membenar segala lafaz niat tanpa suara  di hati dan perbuatan.
tujuh baris keramat= tujuh merujuk sifat maani yang bermakna kuasa yakni Allah Maha Berkuasa.
tujuh garis penamat= Dia yang mengariskan hukum ( patuh dan tegah ) kepada makluk.
baik berpada= perhati dihati dengan waspada samada hati menyaksi Allah atau pun tidak.
biar jahat asal selamat= merujuk kepada iman menerima seadanya Qada & Qadar.

kulit tak bersalin= makluk berubah ubah menerima  binasa. ( muda kepada tua , hidup kepada mati )
walau saling ganti baju= perubahan dimakluk  hari demi hari silih berganti.
pandang sinis pandang sinis= lihat kedalam diri dengan menghukum diri.
ku berbahasa baku= cara sebutan.dan gantinama pada setiap ucapan.
kata kata nahuucapan.
himpun jadi satu= Kalimah
mantera beradu=syahadah
dengan irama dan lagu= membenar dihati dan dilaksanakan dengan perbuatan

YO!!
ijazah terbaik=kurnia Allah
datangnya dari jalanan=ilmu dan pengetahuan
dari pengalaman= mempelajari
bercakar dan bersalaman= meneliti dan pertimbangan di aqal
konflik motivasi= mendorong kepada hal penyaksian
cuba meditasi= tumpuaan atau fokus
positif dan benci=perasaan yang lumrahnya pada yang umum
jadi inspirasi pagi= hanya difahami bila ada keterangan ilmu.

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah= menghitung amal dan mengharap balasan ritual bagi yang  umum
halang biar keduanya= tidak kepada menuntut balasan pahala dan syurga.
muka cantik=penyaksian kepada Allah.
soalan bodoh yang ditanya= janji awal menyaksi Allah telah lama dijanjikan di alam ruh.
jadi melodinya= masih dipersoal buat apa didunia ini.
lebih hina dari zina=  yang tidak dapat menyaksi Allah atau syiirk.

lu bikin dosa= menduakan Allah.
ku bikin prosa= menyentuh soal kemanusiaan dan keTuhanan
testosterone testarosa= jalinan dalil dan ikhtibar.
citacita sosa= kehendak.
K.L. K.L. kosa nostra= kalimah La Ila Ilal Allah,
jalan berliku= perjalanan hidup untuk menyaksi Allah.
ku harung roller coaster= kesempurnaan Allah.
gah sentosa tiada penyesalan= tetap dihadapi mengadap Allah.
luas pandangan jauh dah berjalan= di dalam kejadian makluk.
tak sempurna masih ada kejanggalan= yang sempurna ialah kepada Allah dikembalikan.
gagal merancang= tidak ada daya upaya kecuali berserah kepadaNya.
merancang kegagalan= Dia yang memperbuat barang segala.

kulit tak bersalin
walau saling ganti baju
pandang sinis pandang sinis
ku berbahasa baku
[ Mantera Beradu (feat. M. Nasir) lyric found on http://www.lirik.tv ]
kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu
dengan irama dan lagu

kulit tak bersalin
walau saling ganti baju
pandang sinis pandang sinis
ku berbahasa baku
kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu
dengan irama dan lagu

naik bukit angkuh
cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat
dengar tiga miaw
kucing bawa tidur
rimau bawa ngigau
masuk tempat orang
bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua
tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga
sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga
tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak
tak mesti dengan pedang

sebelum jadi naga
ikan koi renang renang
kura kura salah
jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan
atau biar pergi laju
risaukan pekara temeh
kita tak akan maju
muka sama hijau
hati siapa tahu
merah dah berdegup
pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali
bercakap benar saja
kalau kosong
jangan menyamar ada kuasa

panjat pokok buluh
cari tokong air terjun
naik sampai nampak
dah terpegun turun
tiga ular ikut
lompat atau paut
kalau lari mati
jika belot maut

kulit tak bersalin
walau saling ganti baju
pandang sinis pandang sinis
ku berbahasa baku
kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu
dengan irama dan lagu

kulit tak bersalin
walau saling ganti baju
pandang sinis pandang sinis
ku berbahasa baku
kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu
dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna

mantera beradu

divider3
halaqahforum4

Aku Maafkan Kamu

(Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan)
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna Hak Miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
(Ternyata kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan)

ABDI CINTA



Andainya hati sebuah kecapi,
Perasaan itu talinya
Kamu memetikkan jari
Memainkan irama
Suka dan duka

Andainya hati itu sebuah kolam
Perasaan itu seekor ikan
Kamu menjaring dengan senyuman
Dan mengurungkannya
Dari segala kebebasan

Andainya hati itu boneka
Perasaan itu benangnya
Kamu dalang yang mengawal
Kekiri
Kekanan
Aku hanya mengikut hukuman

Sebab aku terkena panah cinta
Sedikit pun tidak menyesal
Aku rela ditawan
Dan diabdikan

T.Azlan 23 Mei 1979

Sajak ini telah disusun dan di garap semula menjadi lagu PATRI yang dinyanyikan oleh kumpulan JINBARA

Dian



DIRIMU BAGAI DIAN BERDIRI MALAM,
KEDUTAN MASA, MELARIK DIRIMU BERMACAM,
MENGUKIR MINDA BANGSA, KAU TAK PERNAH DIAM,

WAJAH DIAN YANG MAKIN KUSAM,
USIANYA LUPUT TIDAK MENGHIRAU MALAM,
LENGGOK GEMALAI MENERANGI SURAM,
KADANG2 DIAN ITU HAMPIR PADAM,
DITERJAH AMUKAN ANGIN SEDU,
KAU TETAP UTUH MEMEGANG SUMBU,
BERBEKALKAN SEBUAH LAGU,
“SELAMAT PAGI CIKGU”.

DIRIMU BAGAI DERMAGA KALBU,
DATANG DAN PERGI ITU SURATANMU
DIJENGAH MUKAMU, DIPUNGGAH ILMUMU
LALU KAU DITINGGAL SEPI,
MENANTI DAN KEMBALI MENYEPI,
AKHIRNYA DERMAGA INI LUSUH JUA,
DIMAMAH BUBUK HAYAT USIA,
NAMUN NAMAMU TETAP DIBICARA,
“DENGAN DIALAH AKU MENYUSUN KATA”


DIRIMU BAGAI DANAU MELEPAS GERAH,
RIAKMU TENANG, WALAU HATIMU GUNDAH,
BERTEMAN SEMILIR ANGIN DI SENJA MERAH,
TAK PERNAH LUAK, TAK PERNAH MENDESAH
TIBA JANJINYA, BILA KEMARAU MERUNDUNG RESAH,
TINGGALLAH SENDIRI, ITU PUN KAU PASRAH,
DENGAN BISIKAN SAYU DAN LEMAH,
“CIKGU, KAMI SEDEKAHKAN AL-FATIHAH”.




Syair Imam Ahmad



Jika Tuhanku bertanya padaku,
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa,

Bagaimana aku nak jawab wahai diruku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian,
dan harapan dari semasa ke semasa,

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati,
Dan apa yang berlaku selepasku dikafankan,
Seolah-oleh aku telah dijamin untuk hidup selamanya,
Seakan mati tidak akan mati menemuiku,

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri,
Nah, siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah,
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku,

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini,
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakalah aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari Ad-deen?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?

Maka Ya Rabb! Seorang hambadatang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas pengampunanNya & yang membimbingku pada kebenaran,

Aku telah datang pada Mu, maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku,
Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban,

Ayat Jiwang 1



kau berikanku hilang, untukku kenal ertinya rindu,
kau berikanku tiada, untukku kenal ertinya satu,
jika kau biarkan aku tenggelam,
biarlah aku hanyut dalam dirimu.
rahsia disebalik rahsia,
dari yang berahsia kepada perahsia