Friday, May 17, 2013

Terkenang Semasa Dulu - MPT

Berapa kerat pantun yang disediakan untuk presentation PNBM.


Buah bergetah terkena mata
Gelap malam tiada terasa
Kalimah Bismillah pembuka bicara
Ucap salam pemula bicara

Cencaru luka di dagu limbungan
Darah terhambur basah di jari
Guru Malaysia lagu dendangan
Madah penghibur mengasah naluri

Menggalas duku jatuh di dahan
Berdarah di mata berlepuh di tangan
Tugas guru penuh cabaran
Bersediakah kita menempuh rintangan


Dahan berdamar keras tercacak
Kuat ditetak berbau haruman
Jalan terhampar terpangkas onak
Buat jejak guru budiman


Kain ampaian berlapuk warna
Terhempas ke batu terkapar di muara
Profesion perguruan tajuk wacana
Mengupas ilmu melayar bahtera


Walau beribu guruh kedengaran
Lukah buluh tetap dibenamkan
Walau guru sudah dimartabatkan
Masihkah teguh tetap haluan


Jika selasih pohon kembangan
Terlekap indah rerama kayangan
Duri melata hanya khayalan
Terkena jari ngilu ditangan
Terima kasihmohon kemaafan
Silap dan salah sama perbetulkan
Hati terbuka menerima cemuhan
Membina diri guru pilihan

No comments:

Post a Comment